Ketika sedang membersihkan dapur, Ibu meminta Tika membuang botol-botol plastik. Tetapi Tika tidak membuangnya. Dia meminta bantuan Jojo untuk menghantar sampah plastik itu ke rumah Pak cik El.
Di tengah jalan, Jojo teringat kata-kata Tika bahawa plastik mesti dikitar semula. Tetapi apabila sampai di rumah Pak cik El, Jojo merancang sesuatu yang nakal. Dia memasukkan sebiji botol plastik ke dalam mulut E-Bot, si robot pintar. Nasib baik Tika datang untuk menghalang perbuatannya. Jadi, apakah yang perlu dilakukan kepada sampah-sampah plastik itu? Jom, kita dengar penerangan Pak cik El!