“Korang, mana Hasif ni? Takkanlah dia
tak datang. Macam mana ni?” soal Amirah
dengan perasan gelisah.
“Manalah kitorang tau,” balas murid lelaki.
“Entah-entah korang memang nak kenakan kitorang.
Sebab selama ni kan korang semua macam tak puas
hati je dengan kitorang. Betulkan?” soal Aisyah.
Pertelingkahan antara Aisyah Humaira dan juga Asyraf Hasif
semakin menjadi-jadi. Pemilihan Aisyah sebagai Presiden Kelab
Doktor Muda menyebabkan Hasif tidak berpuas hati. Pelbagai cara
yang dilakukan bagi membuktikan bahawa mereka lebih hebat.
Keadaan bertambah buruk apabila Hasif tiba-tiba ‘hilang’ sewaktu
persembahan kelab mereka. Tambahan pula, murid lelaki juga
tidak mahu memberikan kerjasama. Hasilnya, persembahan
kelab yang diwakili oleh murid perempuan menjadi huru
hara! Aisyah bertambah berang. Namun, kemarahan
Aisyah bertukar menjadi satu tanda tanya. Sudah
seminggu Hasif ‘hilang’ tanpa berita. Ke manakah
Hasif pergi? Mampukah mereka berdamai semula?