Siva, Chee Meng, Rahim, dan Haizam membuat rancangan untuk bermain bola sepak di padang sekolah selepas waktu persekolahan. Ketika asyik bermain bola sepak, Haizam menendang bola ke arah bangunan sekolah dengan tidak sengaja. Akibatnya, tiga keping tingkap kaca bangunan sekolah itu telah pecah. Mereka berempat cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan guru kerana takut akan didenda. Kerana perbuatan mereka berempat, murid lain yang tidak bersalah pula telah dipanggil oleh guru disiplin. Adakah Siva, Chee Meng, Rahim dan Haizam akan membiarkan orang lain dihukum kerana kesalahan yang mereka lakukan?